Bisnes online

5 Rahsia Jana Income Bisnes Online Di Instagram

Hari ni makin banyak IG Shop yang mula menapak di Instagram berbanding sebelum ni. Bagai cendawan Tumbuh Selepas Hujan gitu.huhu

Jadi apakah tanda yang anda dapat dari situasi diatas?

Takkan mereka mula menapak di Instagram kalau ianya tidak mendatangkan hasil bukan? Ya setiap peniaga ada tujuan dan objektif tersendiri berniaga di Instagram ni.

Jadi adakah anda sudah mulakan Bisnes Online di Instagram? Jika ya, bagus! Teruskan baca artikel ni untuk anda gandakan jualan dan pengunjung ke IG Shop anda.

Jika belum, anda pun wajib baca supaya anda dapat memulakan bisnes online di Instagram dengan penuh bergaya. Fuh!

Psst! Baca sampai habis tau, sebab saya ada kongsikan RAHSIA bagaimana saya jana 100-200 targeted followers sehari di Instagram ni.

 

Ni Rahsia untuk anda mula jana income bisnes online di Instagram.

 

1# Target Market

Bisnes online

 

Di Instagram, kita sedia maklum yang penggunanya lebih ramai dari golongan remaja. Jadi adakah produk atau servis anda sesuai disini?

Seperti saya kata diatas, setiap peniaga ada objektif mereka tersendiri. Ada yang sekadar untuk tujuan branding, awareness dan ada yang memang jadikan Instagram sebagai lubuk duit bisnes online tanpa modal mereka.

Untuk pengetahuan anda, Instagram adalah laman social ke-4 paling ramai pengguna di Malaysia.

bisnes online
Data platform media sosial yang digunakan di Malaysia.

Jadi mulakan mencari target market anda di Instagram harini okeh.

 

2# Konten Berkualiti

Bisnes online

 

Bila anda dah jumpa target market yang sesuai di Instagram. Antara cara untuk menarik “Attention” meraka adalah dengan konten yang sesuai dan berkualiti.

Konten di Instagram termasuk gambar atau video yang berkualiti kerana audience di Instagram lebih fokus pada medium ini. Beza dengan Facebook yang lebih sesuai untuk anda buat post bertulis yang panjang.

Selain tu, tak lupa juga untuk buat “caption” yang memukau untuk audience anda. Cuma kurang digalakkan untuk menulis terlalu panjang di Instagram kerana audiencenya lebih cenderung kepada konten video dan gambar.

Dengan konten yang berkualiti ni, tak mustahil anda boleh menarik lebih ramai trafik ke IG shop anda dan boleh menjana jualan untuk bisnes online dari rumah. Kan?

 

3# Engagement

Bisnes online 4

Mana-mana platform online yang kita gunakan mementingkan engagement kan? Sebab macam syok sendiri pulak posting kita tu kalau takda yang like, komen, share dan sebagainya ni.

Dengan engagement yang tinggi juga dapat tarik trafik ke IG Shop kita tau.

Jadi mulakan bina konten yang menarik kepada orang untuk bina engagement dengan posting kita tu dan jangan lupa reply komen mereka yang patut atau paling kurang anda like la komen mereka okay.

Selain tu, anda juga rajin-rajinlah like dan komen di posting follower anda tu. Bak kata pepatah moden,

“Nak dapat like dan komen, kita pun kenala mula buat dulu kan?”

Jika engagement post anda tu tinggi, jadi reach untuk posting tersebut juga akan meningkat seterusnya anda ia dah jadi awareness untuk IG Shop anda tu.

 

4# Hashtag

Bisnes onlone 5

Antara cara lain untuk anda menarik trafik ke IG Shop anda ialah meletakkan #Hashtag yang sesuai dengan post anda.

Contohnya anda boleh letak #Sparepartmotor jika anda menjual barangan motor.

Selain tu, anda juga boleh letak #Hashtag yang sedang trending pada masa tersebut. Macam sekarang mungkin anda boleh letak #maluapabossku untuk dapat trafik dari searching pengguna di Instagram.

Anda boleh juga letakkan #hashtag nama produk, kawasan dan lain-lain yang sesuai dengan IG Shop serta produk atau servis yang anda tawarkan. Sebab #hashtag macam satu keperluan dah dalam bisnes online malaysia ni.

 

5# Trust Dalam BISNES ONLINE

Bisnes Online 6

Siapa yang nak berurusan kalau dia tak percaya dengan seseorang tu kan? Sama juga situasinya dengan IG Shop kita.

Tapi dimana datang kepercayaan prospek terhadap kita di Instagram ni?

Antarannya ialah dari follower, ber-update, feedback pelanggan dan lain-lain lagi. Cuma biasanya orang cenderung fokus pada berapa ramai jumlah follower IG Shop tersebut sebelum mereka melihat perkara yang lain.

Sebab tu pemilik IG Shop berlumba-lumba menambahkan jumlah follower mereka dengan buat contest, paid review dan bermacam lagi.

Dengan memiliki jumlah follower yang tinggi dapat memudahkan anda untuk menjual di Instagram ni tau. Apa lagi jika produk atau servis anda tu ada permintaan yang tinggi kan?

 

Diatas tu antara perkara yang anda boleh cuba untuk mula jana income dalam bisnes online anda.

Moga Bermanfaat dan Selamat Berniaga!

 

Eh anda tak habis lagi kan? Lupa pula saya ada nak share macam-mana saya jana 100-200 Targeted Followers sehari di Instagram saya.

Nah saya cadangkan anda dapatkan Apps Igmonsta ni. Semuanya automatik 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tau.

Anda hanya set dan biarkan sistem yang bekerja untuk anda.hehe

Yang penting, semua follower tu Real Follower tau dan mereka ada dalam Malaysia ni. Bukan fake ye.

Best kan?

Jika anda nak dapatkan Apps Igmonsta, Klik Sini >> IGMONSTA

Moga membantu ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *