bisnes online tanpa modal

3 Cara Mudah Bisnes Online Tanpa Modal 2019

Hari ni tak mustahil semua orang boleh ada bisnes sendiri, walhal budak sekolah pun dah boleh buat bisnes.

Yelah sekarang tak macam dulu, perlu modal besar, pegang barang, kedai dan macam-macam lagi. Sekarang anda hanya perlu ada internet dan gajet pun dah boleh buat bisnes tau.

Nak tahu bisnes apa tu? Haa bisnes online la kan.hehe

Lagi syiok! Anda boleh buat bisnes online tanpa modal lagi tau. Nak tahu macam mana caranya?

Jadi anda dah berada di tempat yang betul. Cuma izinkan saya minta masa anda sikit je untuk baca perkonsian ilmu bisnes online tanpa modal untuk tahun ni. Boleh?

Dalam artikel ni saya kongsi cara, tempat dan medium bisnes lagi yang anda boleh pilih. Lepastu tinggal nak buat je.

Jadi sila baca dengan tekun dan pastikan anda baca sampai habis okay. Moga dapat sesuatu bila baca sampai habis nanti.hehe

 

3 Cara Mudah Bisnes Online Tanpa Modal yang anda boleh pilih.

 

1# Dropship

Ramai orang mulakan bisnes online tanpa modal mereka dengan dropship. Apa benda dropship ni?

Dropship ialah satu method berniaga yang tak memerlukan anda pegang stok atau barang pun.

Anda hanya perlu jual dengan cara ambil order dari pelanggan saja. Kemudian order kepada pembekal atau dropshipper untuk mereka poskan barang yang pelanggan anda order terus kepada mereka.

Bagaimana cara terima duit? Ada dua cara:

1 – Markup untung yang anda nak dari produk tersebut, pelanggan bayar kepada anda. Kemudian anda order kepada dropshipper dan bayar harga kos untuk produk tersebut.

2 – Dropshipper dah tetapkan harga jualan dan pelanggan terus buat bayaran kepada dropshipper. Dropshipper akan beri anda komisyen jualan dari setiap unit yang terjual.

Gambar dibawah ringkasan perjalanan bisnes online tanpa modal dengan dropship.

bisnes online tanpa modal

Mana nak cari pembekal atau dropshipper ni? Antaranya anda boleh cuba cara yang saya berikan dibawah.

 

Yup! Dengan Shopee pun anda dah boleh mulakan bisnes online tanpa modal tau. Macamana caranya? Anda cari barang yang ada permintaan tinggi dan cari penjual barang tersebut di Shopee.

Tips Bonus Cari Seller Dipercayai Di Shopee. Pergi ke halaman utama seller tersebut dan lihat:
– Rating 4.5 keatas
– Review dan komen yang banyak untuk produk yang anda nak jual
– Dah berniaga di shopee sekurangnya setahun
– Penghantaran yang cepat
– Reply chat pantas

Selepes tu, pastikan anda dah tahu harga jualan barang tersebut dan cari seller di shopee yang jual dengan harga lebih murah dari harga jualan tersebut.

Bila ada pembeli, anda boleh terus buat belian di shopee dan minta seller terus poskan kepada pelanggan anda.

Jangan lupa mention seller di shopee yang anda buat dropship dan minta mereka lindung maklumat meraka pada slip penghantaran.

 

Sama seperti di shopee, anda juga boleh cari pembekal di lelong.my je. Buat cara yang sama seperti saya terangkan di atas.

 

  • Platform Dropship

Cara ni lebih formal dan ramai yang buat. Caranya ialah anda cari dropshipper yang memang dah offer bisnes online secara dropship.

Cuma ada yang kenakan bayaran dan ada yang percuma. Biasanya yang kenakan sedikit bayaran sebagai yuran komitmen, pakej ilmu untuk mula berniaga dan lain-lain sebab lagi. Pilihan di tangan anda.

Bergantung pada owner tersebut. Jika anda memilih untuk mulakan bisnes online tanpa modal dengan gunakan platform dropship.

Servis mereka lebih terjaga sebab ni antara teras bisnes mereka berbanding di shopee dan lelong sebab kebanyakkan mereka fokus pada end user saja.

Anda boleh cari platform dropship ni di facebook, instagram dengan gunakan #dropshipmalaysia, #dropshipwanted dan sebagainya.

Selain tu anda juga boleh terus search di google dengan kata carian yang sama. 

 

2# Affiliate

bisnes online tanpa modal

Selain tu anda boleh mulakan bisnes online tanpa modal dengan affiliate. Affiliate lebih kurang seperti dropship.

Apa perlu buat dengan affiliate?

Selepas mendaftar, anda hanya perlu letakkan link affiliate anda dimana yang ada bakal pelanggan seperti group fb, group wasap, fanpage, facebook profile dan lain-lain.

Pelanggan akan klik link tersebut dan jika ada belian dari link anda tu.

Anda akan dapat komisyen jualan dari situ. Antara lubuk affiliate seperti klikjer, marketplace onpay dan lain-lain.

Kebanyakkan program affiliate di Malaysia menawarkan produk digital berbanding produk fizikal kerana komisyen lebih besar dengan produk digital.

Ada juga yang tawarkan affiliate produk fizikal seperti lazada, zalora dan lain-lain. Klik link ni jika anda berminat untuk sertai program affiliate di Lazada dan Zalora.

 

3# Bisnes Online Tanpa Modal Dengan Servis

bisnes online tanpa modal

Bisnes online tanpa modal pun boleh bermula dari kepakaran yanga anda miliki. Anda boleh tawarkan pada meraka yang perlukan khidmat anda.

Bahkan ianya boleh terjadi tanpa perlu berjumpa pun. Dari anda peram skill anda tu lama-lama, baik tukarkan ia jadi lubuk duit anda kan. hehe

Sebagai contoh anda mahir dalam bidang dibawah:

 

  • Design logo

Anda tahu kan, servis design logo ni pun ramai yang cari. Berapa banyak pulak founder dan bakal founder produk dalam malaysia ni.

Tu belum masuk mereka yang berniaga secara trading dan lain-lain.

Setiap dari mereka mesti memerlukan logo identiti perniagaan kan? Ni lah masa untuk offer khidmat anda.

Buat posting dan beritahu tentang servis anda. Minta bahan yang diperlukan, process dan submit melalui email. Mudah kan?

Cara ni mungkin sesuai jika anda berurusan dengan organisasi kecil. Jika syarikat besar, banyak procedure nya.hehe

 

  • Menulis

Menulis pun antara servis yang dicari oleh ramai owner website, founder dan lain-lain lagi.

Menulis ni boleh jadi menulis artikel untuk website, posting harian di laman sosial sesebuah organisasi dan sebagainya.

Jadi mengapa anda masih simpan kemahiran menulis anda tu dalam diri anda? Ni masanya anda gunakan untuk skill menulis ni untuk jana income anda.

Yang pasti ianya tidak perlukan modal pun kan? 

Mungkin boleh gunakan cara muda seperti mula menulis topik yang diperlukan, save dalam gdrive/cloud, send kepada client anda.

Belum cuba belum tahu kan?

Atas ni antara contoh kemahiran yang boleh digunakan untuk mula bisnes online tanpa modal. Ada banyak lagi servis yang anda boleh tawarkan secara online ikut kreativiti anda.hehe

 

Konklusinya, sekarang anda dah ada idea untuk mulakan bisnes online tanpa modal pada tahun ni? Mungkin anda boleh mula dengan salah satu cara yang saya kongsi di atas. 

Apa yang penting, mulakan dengan apa yang ada ditangan sekarang. Tiada masa yang sesuai melainkan sekarang. Konsisten dan jangan putus asa okeh.

Moga perkongsian saya ni serba sedikit memberi idea dan gambaran untuk anda mulakan bisnes online tanpa modal pertama anda.

 

Haa sebelum tu, kalau anda betul-betul tak tahu atau takda idea macam mana nak mulakan BISNES ONLINE TANPA MODAL.

Saya cadangkan anda dapat dapatkan Ebook Case Study macam mana bisnes online Tuan Al-Farabi  jana RM1085 di Facebook tanpa modal.

Sebab dalam tu beliau tunjuk dari mula hingga akhir apa yang beliau buat.

Yang penting orang baru  nak mula bisnes online pun boleh faham, sebab bahasanya yang mudah dan step by step dengan lengkap.

Berminat nak dapatkan? Klik je pada gambar dibawah.

bisnes online tanpa modal

 

Moga Bermanfaat dan Selamat Berniaga!

Artikel ni bermanfaat? #JomShare

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *