naikkan follower instagram

5 Tips Naikkan Follower Instagram Dengan Cepat

Sekarang ramai orang yang berlumba-lumba untuk naikkan follower instagram atau IG Shop mereka.

Kenapa jadi macam tu ya?

Haa antara sebabnya adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang yang nak berurusan atau membeli dari mereka di instagram.

Contohnya jika kita nak pergi makan, kita jumpa dua kedai makan yang bersebelahan saja. Restoran A ada ramai orang dalamnya dan restoran B pula agak krik-krik je. Mana yang kita akan masuk?

Kalau saya, saya akan masuk ke Restoran A tadi.hehe

Sama juga macam Follower di IG Shop anda, bakal pelanggan juga menjadikan tu satu tanda aras sebelum mereka mula membeli tau.

Jadi berapa ramai dah follower IG Shop anda sekarang?

 

Haa ni saya nak share tips cara nak NAIKKAN FOLLOWER INSTAGRAM anda.

Psst! Saya ada satu teknik Rahsia yang saya gunakan untuk jana 100-200 Targeted Follower sehari tau. Nak tau? Baca sampai habis okeh!

 

1# Review Berbayar

naikkan follower instagram

Yang pertama ialah review berbayar. Apa yang dimaksudkan dengan review berbayar ni?

Review berbayar banyak dilakukan oleh mereka yang mempunyai authority atau akaun instagram yang tinggi jumlah followernya.

Jadi anda boleh bayar kepada mereka untuk mereka review produk atau servis anda pada akaun instagram mereka. Tujuannya untuk  naikkan follower instagram anda.

Ada dua cara yang boleh dilakukan, antaranya ialah:

 

  • Paid Review

Cara ini yang ramai pemilik akaun IG Shop baru ataupun yang lama biasa lakukan. Anda perlu bayar sejumlah wang kepada pemilik akaun IG yang anda nak mereka buat review tentang produk atau servis anda.

Jika kena cara dan konten yang berkualiti, impaknya sangat bagus. Anda akan nampak peningkatan ketara follower IG anda.

Jadi sila pilih akaun instagram yang sesuai dengan produk atau servis anda.

Selain tu anda juga boleh jadikan Artis, Public Figure atau Instafemes yang berpengaruh untuk review barangan anda.

Bila dah bayar ni, mestilah ojektif utamanya kita nak naikkan follower instagram.

Biasa juga jika ada beberapa paid review yang tak mencapai objektif saya untuk naikkan follower instagram ni. Kena try & imorove juga okeh.

 

  • Gift Review

Kaedah Gift Review ni memerlukan anda beri produk anda kepada pemilik akaun IG yang anda nak beliau review produk anda.

Agak tinggi kosnya sebab kita perlu hadiahkan produk kita. Cuma ia lebih natural dan seperti testimoni saja.

Ibarat soft sell gitu.hehe 

Ini pun antara cara nak naikkan follower instagram yang ramai owner produk buat tau.

 

2# Review Percuma 

naikkan follower instagram

Selain Review Berbayar, anda juga boleh lakukan Review secara Percuma saja untuk naikkan follower insgram tau. Bagaimana caranya?

 

  • Swap Review

Swap Review ialah kita bertukar review dengan peniaga IG Shop yang lain. Contohnya kita buat review bisnes Si A dan Si A buat review bisnes kita.

Pastikan produk yang berbeza dan follower yang lebih kurang jumlahnya dengan IG Shop anda. 

Lebih bagus jika anda cari IG Shop yang jual produk dalam kategori atau niche bisnes anda.

Contohnya anda jual tudung, carilah IG Shop yang jual baju kurung untuk anda lakukan Swap Review. Faham ke faham?

 

  • Review Pelanggan Mampu Naikkan Follower Instagram

Selain tu, anda juga boleh minta pelanggan yang dah guna produk atau servis anda untuk buat review ikhlas produk atau servis anda.

Kebiasaannya, setiap pengguna laman sosial ni memiliki kawan atau follower yang seakan dirinya juga.

Contoh pelajar universiti, jadi kawan dan followernya juga kebanyakkan juga adalah pelajar universiti.

Jadi pastikan anda sentiasa beri servis dan layanan terbaik untuk semua pelanggan anda okeh.

Bila mereka puas hati, mudahlah anda nak dapat review dari pelanggan tersebut. Ini cara nak naikkan follower instagram yang targeted macam pelanggan anda tu.

 

3# Integrated Marketing Naikkan Follower Instagram

naikkan follower instagram

Cara integrated Marketing ialah anda menghubungkan setiap laman sosial bisnes anda antara satu sama lain.

Anda boleh tarik trafik dari Facebook dan Twitter ke akaun Instagram anda pula.

Contohnya anda boleh buat contest di instagram dan anda juga boleh beritahu di Facebook Fanpage untuk join contest tersebut di Instagram anda.

Lepastu umum je pemenang di IG dan pastikan mereka follow IG anda tu okeh.

Dari situ je anda dah berjaya tarik trafik di Facebook untuk naikkan follower instagram anda pula.

 

4# Konten Berkualiti

naikkan follower instagram

Dengan konten pun boleh naikkan follower instagram tau. Konten memainkan peranan penting kenapa bakal pelanggan anda patut follow IG Shop anda tu.

Jadi disini penting supaya post anda setiap hari bukanlah hanya menjual, sebaliknya tambah juga dengan post ilmu, info, feedback dan urusan belakang tabir seperti tengah packing, pos dan sebagainya.

Dan jangan lupa, IG ialah laman sosial yang fokus kepada konten gambar dan video.

Pastikan anda gunakan gambar dan video yang berkualiti okeh untuk setiap post di IG Shop anda.

Barulah bakal pelanggan anda lebih seronok untuk follow anda lepasni kan? Ni cara nak naikkan follower instagram yang ramai tak buat. Sibuk menjual je.huhu

 

5# Teknik Engagement

naikkan follower instagram

Haa ni yang ramai pemilik IG Shop selalu terlepas pandang.

Sibuk nak orang like, komen dan follow dia je. Tapi dia tak buat, macam mana tu?

Untuk kita dapat engagement sebenarnya kita kena mulakan dulu tau. Mula like, komen dan follow IG bakal pelanggan juga. Sambil tu mereka pun senang hati nak follow anda.

Ibarat ramah mesra di laman sosial gitu. Secara tak sedar ia juga cara naikkan follower instagram anda.

Antara Teknik Engagement yang anda kena amalkan ialah:

 

  • Follow

Follow ni ibarat kita nak ajak bakal pelanggan kita ni berkawan. Jika anda guna untuk akaun IG Shop anda, follow lah orang yang ada potensi jadi bakal pelanggan anda kelak.

Contoh anda peniaga barang motor, follow lah jejaka-jejaka yang ada motor dan rajin update tentang motor mereka tu.

Jangan follow akak-akak hijabista pulak okeh.haha

Sekadar peringatan, jangan follow terlalu banyak dan agresif. Nanti kena block pula akaun IG Shop anda tu. Cukup sekadar 600-700 orang saja.

 

  • Like

Haa kita selalu nak orang like gambar kita, tapi kita tak like pun gambar orang. Dimanakah keadilan disitu?hehe

Mula like gambar orang dulu ya, nanti mereka pun akan ringan jari nak like balik gambar kita tau.hehe

 

  • Komen

Mungkin cara ni lebih sukar dari sekadar like gambar dan agak leceh sebab perlu tulis satu-satu kan.

Tapi cara ni boleh tingkatkan curiosity atau rasa ingin tahu manusia ni tau.

Yang penting komen lah yang murni-murni dan tak nampak seperti spamming pada komen orang lain.

Contohnya, komen “lawa motor bossku, buat kat mana tu?”.

Nanti mesti mereka nak tau siapa anda dan mestilah akan pergi ke profil anda kan? Tengok profil cantik dan kena dengan keperluan mereka, jadi merekalah yang follow dan bantu naikkan follower instagram anda tu.

 

Di atas ni lah TIPS NAIKKAN FOLLOWER INSTAGRAM DENGAN CEPAT  yang biasa saya gunakan pada IG Shop saya.

Jadi anda juga patut cubanya juga okeh?

Jangan lupa share sekali dengan kawan lain okeh. Moga kita dapat manfaat bersama.

 

Ohh! Sebelum saya terlupa, saya ada nak kongsikan satu Rahsia bagaimana saya jana 100-200 Targeted Follower di Instagram sehari.

Nah saya cadangkan anda untuk gunakan Apps Igmonsta ni. Sebab dengan Apps Igmonsta ni semuanya automatik 24/7 tau.

Anda hanya setup sekali dan biarkan sistem ni yang buat kerja di IG Shop anda. So masa tu boleh la guna buat benda lebih penting kan.

Yang Pasti, semua follower tu Targeted Follower di Malaysia tau. Bukan Fake ya. Jadi mudah untuk anda naikkan follower instagram malaysia untuk IG Shop anda tu.

Best Kan?

naikkan follower instagram

 

Selamat Berniaga!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *